Jumaat, 6 April 2012

Manusia Menipu dan Ditipu

Alhamdulillahi 'ala nikmatal iiman wal islam , wakafabihima min nikmah.

Nampaknya  semester ke -3 tahun pertama aku di PA ni sudah hampir-hampir  meloloskan diri dari lingkungan putaran waktu kehidupan manusia. Dalam  kepantasan  masa yang  berlalu, bilakah masa manusia akan rasa masa itu penting?? Ye, mungkin bila sampai masa terpaksa menyiapkan kerja yang banyak dalam satu masa, atau mungkin bila  dah gagal dalam 'exam' sebab tak study betol-betol atau yang paling utama bila manusia nak ditarik rohnya oleh malaikat Izrail.

Untuk post kali ini , aku tak nak menfokuskan kepada tajuk kepantasan masa, tapi sesuatu yang lebih kurang macam tu la. Tapi sebelum itu, nak ucapkan tahniah la kepada saudara saudari, remaja remaji sekalian yang dah amek result spm, stpm mahupun stam baru-baru ini.
Kalau ikut pengalaman diri ,akan ada 2 situasi time amek result ni:




                atau         



tapi apa yang penting ..............


                                                     

Apa yang merungsingkan aku ialah mengenai  mentallity  masyarakat Malaysia kita yang menganggap peperiksaan itu adalah segala-galanya. Jika kurang cemerlang dalam SPM maka gelaplah masa depan anak-anak remaja tersebut.

Terus kepada tajuk kali ini, Manusia Menipu dan Ditipu aku ingin menfokuskan kepada persoalan 'cara pemikiran' atau 'mind set' masyarakat kita yang terperangkap dalam sistem yang mereka sendiri buat terutama dalam soal menuntut ilmu. Tapi sebelum itu biar aku bawakan satu contoh manusia yang menipu menggunakan sistem .

Ada sebuah negara A , telah menetapkan undang-undang had laju kenderaan kononnya untuk kurangkan kemalangan. Bagi mendapatkan wang , kerajaaan negara tersebuat membuat 'speed trap' ataupun perangkap 'had laju' bagi memerangkap kereta yang melebihi had laju. Bagi memudahkan lagi memerangkap mangsa, mereka memasang perangkap di jalan yang lurus atau jalan yang curam di mana prioriti kenderaan melebihi had laju adalah tinggi.Alasan kononnya  bagi mengurangkan kemalangan gagal kerana banyak kes kemalangan berlaku kerana kereta2 yang lembab bergerak hingga menyebabkan kenderaan lain merempuh kenderaan lain di hadapan atau gagal memotong. Ha, inilah yang dikatakan PERANGKAP had laju. Ha , inilah yang dikatakan manusia-manusia yang suka menipu dan akhirnya siapa yang kena tipu???? Jawab sendiri ye. Ini adalah pandangan, so tak payah nak gaduh-gaduh kalau tak setuju.


Guru saya pernah berpesan, "Fokus kita bukanlah peperiksaan, tapi fokus kita ialah mencari ilmu dari segenap sudut". Bukan nak kata exam tu tak penting, tetapi ianya bukan target kita yang utama. Apabila kita meletakkan target kita adalah peperiksaan , maka kita tidak boleh melangkah jauh kerana untuk berjaya kita kena letakkan matlamat hidup kita yang paling jauh sebagai panduan.

Apabila kita terlalu sedih kerana dapat result rendah, ia sebenarnya telah menzahirkan niat  belajar kita  yang sebenar!!! Ya, memang orang akan kata, "memanglah sedih dah result rendah..." Tapi pernah tak kita fikir punca kesedihan kita, mengapa aku sedih?? Sudah tentu berpunca dari niat utama kita yang paling awal dulu.

Hmm, kita ditipu oleh orang lain , dan yang paling memalukan kita ditipu oleh diri sendiri. Kita menipu orang lain dan ditipu diri sendiri bila kita meniru dalam peperiksaan, kita menipu diri sendiri bila kita menyembunyikan markah peperiksaan yang rendah dari kawan-kawan dan kita juga menipu dan ditipu diri sendiri apabila kita datang ke tempat pengajian kononnya  untuk belajar , tetapi kita sibuk buat buat hal lain.





Aduhai sistem, adakah sistem yang harus dipersalahkan?? Tidak.... Sistem-sistem yang berunsur penipuan tak akan sekali-kali wujud jika pembuat sistem itu benar-banar beriman kepada Allah s.w.t.

Alangkah indahnya hidup ini,
Bila Islam bersinar kembali,
Cahaya iman bersinar di setiap sanubari,
Kebatilan kan terungkai kembali..




Marilah bersama perjuangan Islam, barakallahufiikum.














Rabu, 29 Februari 2012

PerLu kah AkU JaDi OrAng KaYa??

assalammualaikum w.b.t. sahabat sahabiah sekalian,

"Kenapa nak jadi kaya? Apa kejadahnyer aku nak jadi kaya? Jadi  orang biasa-biasa sudah", bisik hati kecilku suatu masa dahulu. "Hish, biar la, diorang nak jadi kaya. Bahaya kot jadi kaya, nanti takbur, sombong lah.. baik jadi orang biasa je, tak perlu pikir banyak soal tanggungjawab kena tanggung nanti."

Ha, itulah sedikit sebanyak gambaran perspektif aku terhadap golongan-golongan yang memilik banyak harta atau aku istilahkan 'orang kaya-kaya' (OKK). Pernah tak korang rasa nak jadi jutawan ? Tak kire la jutawan hartanah ke, jutawan score 'Goal' ke, mahupun jutawan menternak 'kambing hitam'!(paham ke?).

Bila sebut je jutawan , mesti dalam kepala otak kita akan trpikir perkataan2:
           
            B U S I NESS   ATAU    PER N I A GAAN  ATAU  U S A H A WAN
                                  
                                        



           yang SUKSES!
                                              


                                        




Pemikran aku telah mula terkeluar dari 'kotaksempit 'hari ini  setelah aku telah ditazkiyyahkan oleh seorang ustaz lulusan Azhar yang telah berjaya dalam bidang  perniagaan ketika berbincang soal business di Gombak . Beliau menekankan bahawa pentingnya untuk jadi orang kaya! Antara point-point penting yang aku dapat ialah :


Firstly, bila  kita ingin memikirkan  soal nak jadi kaya atau tidak, perlulah kita    berfikir dari  sudut diri  kita  sebagai  seorang  muslim  dan  tanggungjawab kita sebagai muslim terhadap Islam. So, sudut pandangan yang paling penting ialah  AQIDAH yang menjadi tunjang utama kita dalam  setiap perbuatan termasuklah  perniagaan.  

Dalil asas dari Quran : " Allah telah  menghalalkan jual  beli(perniagaan) dan mengharamkan         
                                  riba' "     2: 275

Dalam sesi perkongsian ini Ustaz tersebut telah menyebutkan hadis ini,
Hadis Rasulullah s.a.w. riwayat tarmizi :

Ahli perniagaan yang jujur dan amanah akan ditempatkan beserta dengan para nabi, para siddiqin dan para syuhadah

Selepas itu ustaz terus mngucapkan kepada kami dengan gembiranya, "welcome to the club of para anbiya', as-sadiqiin dan  syuhadah" . Aku dan kawan2 mula terasa teruja.

Sirah nabi s.a.w. kita sendiri  dan para sahabatnya  yang menceburi bidang perniagaan pada hakiktnya  sudah  cukup untuk menggalakkan kita untuk menceburi bidang ini.



       

Untuk membela nasib umat Islam , saidina Uthman bin Affan  pernah  membelanjakan  30 000 dirham  untuk  membeli telaga  yang dimiliki  oleh yahudi  ketika peristiwa hijrah. ketika itu  yahudi menguasai  ekonomi dan juga sistem pengairan  di Yathrib  sehingga umat  Islam terpaksa  membeli air dengan harga yang mahal. 



 Yang ke 2, Ustaz juga telah menceritakan kisah menarik  mengenai  seorang rakannya  yang telah  berjaya  dalam dunia perniagaan melalui syrikat consultant.  Dulu Si A ni  dia  hampir2  putus asa sebab  gagal dlam perniagaan sehingga terpaksa  menaggung pelbagai bebanan. Pada suatu  hari  dia  duduk  beriktikaf dalam masjid  sambil  mengenangkan nasibnya yang malang. Tiba-tiba datang seorang muaalaf  datang meminta  sedekah untuk mendapatkan makanan . Apa yang sedihnya, dalam poket dia ade sekeping not bewarna hijau je.. Tapi kerana kesiannkan  muaallaf tu, dia pun ikhlaskan diri bagi je duit tu walaupun tu je satu2nya wang yang dia ada. Muallaf  itu sgtsgstsgst  gembira  sehingga  dia mengatakan, " Tuan sangat baik hati, saya akan sentiasa mendoakan agar tuan akan  lebih berjaya kelak !"


"Pada suatu  hari  dia  duduk  beriktikaf dalam masjid  sambil  mengenangkan nasibnya yang malang. Tiba-tiba datang seorang   muaallaf  datang meminta  sedekah  
                                    mendapatkan  makanan . Apa yang
                                    sedihnya , dalam poket dia ada 
                                    sekeping not bewarna hijau je... 
                                    Tapi kerana kesiankan muallaf tu,
                                    dia pun ikhlaskan diri bagi je duit tu 
                                    walaupun tu je satu-satunya  wang 
                                    yang dia ada. Muaallaf itu sgtsgtsgt
                                    gembira sehingga dia mengatakan
                                    " Tuan sangat baik hati, saya akan 
                                    sentiasa mendoakan agar  tuan akan 
                                    lebih berjaya kelak!"
                                            
Ha, tau tak lepas kejadian tu, Si A ni mula  berjaya  dalam bisnes  consultant sehingga  pernah  meraih pendapatan sehingga 100 k sebulan!!!! Pergh!!!   

Yang ke-3, cuba teka, apakah modal paling besar dalam perniagaan???     
Boleh jawab tak?
jawapan dia ialah

A  M  A  N  A  H

Yela, amanah adalah  modal paling besar, mana nak cari orang yang benar-benar amanah dalam perniagaan terutama perniagaan  yang besar-besar. Rasuah  tu , dah diibaratkan macam makan  nasi dah, betol tak? Tak percaya  tanya orang bisnes. Kalau iman tak kuat memang tersungkur jugak. Bak kate ustaz Azhar Idrus, "balik awal ar".          

Dari segi duniawi, Orang Islam mesti kaya tapi mesti bersifat 'orang miskin'  , kerana sifatnya tawadhuk, ramah dan zuhud . So, falsafah 'biar papa asal bergaya ' memang tak boleh pakai dah. Kita tukar sikit la jadi 'biar papa, tapi banyak bersedekah' , amacam?




Ok, wa akhiran, untuk berjaya dalam perniagaan , kita kena banyakkan inovasi  atau idea-idea baru yang kreatif. Macam mana nak banyakkan inovasi? Jawapannya adalah banyakkan syura antara ahli-ahli perniagaan . Insya Allah dalam syura ada keberkatan. Jaga adab-adab dalam syura dan hormati pandangan or idea orang lain sebagaimana yang diajar oleh baginda nabi shollahhu a'laihi wasaalam. 


Aktafi bihaza al qadr















Isnin, 6 Februari 2012

TaK KeNaL Maka TaA'Ruf



Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh


Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad s.a.w. ,  para sahabat serta ahlinya. ........
Inilah pertama kali dalam sejarah hidupku menulis blog, rase sangat ketinggalan zaman dengan orang lain. Tapi walau apa sekalipun , hati ini yang mendesak mengatakan bahawa banyak perkara perlu dikongsi dengan insan lain.


Ada apa dengan warna kehidupan??


Cuba pandang sekeliling. Anda nampak macam-macam objek yang berwarna-warni kan? Ha, betapa hebatnya Allah jadikan makhlukNya berwarna , cuba bayangkan kehidupan kita macam cerita P.Ramlee, tak ada colour! Mesti boring kan? Jadi samalah dengan kehidupan kita ni, ada macam-macam perkara, cabaran, masalah dan banyak lagi  rintangan  yang kita  lalui. Semua itu diambil  kira oleh Allah untuk menguji hambaNya.



Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

Al-Mulk:2



Berbalik kepada tajuk yang berkaitan dengan fitrah manusia yang dicipta untuk berkenalan, apa yang ingin aku kongsikan ialah pengalamanku untuk sebulan ini sepanjang berada di tempat 'baru' ini :)

              Pusat Asasi  UIA Petaling Jaya


Masjid Kolej Islam Malaya

Sebenarnya ini semester ke-2, tapi nak kata jugak tempat ni baru bagi aku dan kawan-kawan dari kampus Nilai (daripada jurusan IRK, BAR , BEN dan HS-maaf la  klau tak fhm , tanye bdk uia lah) yang ditutup baru-baru ini. Jadi, kami yang aku istilahkan sebgai kaum muhajirin ni, kena lah cuba menyesuaikan diri dgn warga Petaling Jaya yang diibaratkan kaum Ansar. Nak tak nak, kepadatan penduduk kat sini mula bertambah dengan agak mendadak dan kami dah boleh jadi jenama 'sardin' yang baru selain sardin cap Ayam dan sardin cap 'KTMB'. 

Berpijak di Bumi Baru Yang Dah Lama

Banyak orang, banyak ragamnya. Rambut sama hitam, hati lain-lain bro. Tapi itulah yang dijelaskan Allah di dalam Al-Quran , antara tujuan dicipta kita saling berlainan  antara satu sama lain:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ     أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).   - Al-hujurat:13-



Ya, tiada siapa yang mulia antara kita kat sini melainkan orang yang paling bertaqwa. Apa makna taqwa?  ha, cari la  sendiri  maknanya kalau tak tahu.*bagi task sikit , haha*  Ok, tapak cfs iium pj ni dah lama didirikan , tapi kami sebagai orang asing menganggap ianya sebagai bumi  'baru'.

Macam mana Nak Mula Bergaul ???

Memang diakui, aku bukanlah orang yang sangat peramah seperti orang lain. Aku akan jadi mesra bila dah start kenal orang tu. So, bila fkir balik, kita sendirilah yang kena mulakan bertegur sapa dlu. Tp susah nak buat mende ni terutama orang macam aku. Tp aku usahakan juga. Ni formula yang aku jumpa time 'mengembara' dulu. 

Senyum+ tanya khabar + cari point bersembang = mula jadi kawan



Susah kan? At least utamakan yang pertama iaitu senyum... sebab tulah  antara hikmahnya nabi bersabda bahawa senyum itu sedekah.

Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" (Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)


Sebaliknya, tanpa senyum, orang akan menjauhkan diri dari kita. Manusia cenderung untuk tidak menyukai sikap sombong, angkuh, kasar dan bengis…dan semuanya wujud tanpa senyuman. Firman Allah SWT.,    

"Maka disebabkan rahmat Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu." (QS. Ali-Imran : 159)







Tapi bila bercakap pasal senyum ada senyum yang tulen dan ada senyum yang dibuat-buat . Baru-baru ini seorang pakar karakter/tingkah laku manusia telah  mengajar aku cara nak mengenalpasti  senyum seseorang itu adakah TuLen atau PLASTIK!  Nak tau camne, meh datang belajar ngan aku.



 Ada orang cakap,  kawan yang kita kenal  masa sekaranglah yang dapat menentukan hala tuju kita pada masa hadapan. betol ke?

OK, lastly, nak tanye , brape ramaikah kawan yang anda dapat sepanjang hidup ini???  500 orang?? 2000 orang? dalam fb? luar fb? hahah, x kirelah berapa ramai tapi  nak dapatkan kawan yang sanggup ketawa dengan kita memang senang. But, how many of them  that could  stay behind us when we are crying??  So, carilah ukhuwah sejati, yang berada di atas jalan yang diredhai Allah, iaitu kawan yang ada matlamat yang benar dan sama dengan kita, barulah dapat rasa kenikmatan jalinan ukhuwah sesama insan ^_^

Wallhua'lam