Isnin, 30 Julai 2012

Hati Diketuk


  







    ya Allah,
    hambMu ini berasa sangat lemah,
    untuk menjauhi umpanan-umpanan dosa,
    yang seketika lazatnya,
    dinikmati oleh kerakusan hawa nafsu,
    yang keji tanpa benteng keimanan,

    diriku bagai kain putih,
    yang dicemari oleh najis-najis kemaksiatan,
    yang amat tegar untuk disuci kembali,
    akibat kelalaian yang datang menjengah ke dalam diri,
    sehingga meragut kewarasan,
    seorang hamba yang bergelar insani,

    namun ku berasa kuat,
    tatkala berada di dalam kejernihan,
    sekelompok manusia yang inginkanMu ya Rabb,
    yang dipenuhi ketaatan, keikhlasan dan kesyukuran dalam dada,
    merekalah rahsia kekuatan kurnianMu,
    kerana mereka tahu cinta Rasul adalah kunci cintaMu,

    mujurlah hati ini masih diketuk,
    oleh kasih sayang mu Ya Rahman,
    walau ku dapati diri telah hanyut jauh dari rahmatMu,
    akibat termakan godaan sang penderhaka,
    yang bercita membawa manusia sekalinya ke lembah azabmu,
    walau segala cara terpaksa menjadi senjata pemusnah makrifat,

    ya MalikulMulk,
   campakkanlah dalam diriku,
   nyalaan kehendak kepadaMu,
   yang membawaku kepada jalan kebahagian,
   berbekalkan pedang mujahadah serta perisai istiqamah,
   untuk menyelami keberkatan hikmah ilmu mu yang maha luas,



wafiudin