Isnin, 6 Februari 2012

TaK KeNaL Maka TaA'Ruf



Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh


Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad s.a.w. ,  para sahabat serta ahlinya. ........
Inilah pertama kali dalam sejarah hidupku menulis blog, rase sangat ketinggalan zaman dengan orang lain. Tapi walau apa sekalipun , hati ini yang mendesak mengatakan bahawa banyak perkara perlu dikongsi dengan insan lain.


Ada apa dengan warna kehidupan??


Cuba pandang sekeliling. Anda nampak macam-macam objek yang berwarna-warni kan? Ha, betapa hebatnya Allah jadikan makhlukNya berwarna , cuba bayangkan kehidupan kita macam cerita P.Ramlee, tak ada colour! Mesti boring kan? Jadi samalah dengan kehidupan kita ni, ada macam-macam perkara, cabaran, masalah dan banyak lagi  rintangan  yang kita  lalui. Semua itu diambil  kira oleh Allah untuk menguji hambaNya.



Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

Al-Mulk:2



Berbalik kepada tajuk yang berkaitan dengan fitrah manusia yang dicipta untuk berkenalan, apa yang ingin aku kongsikan ialah pengalamanku untuk sebulan ini sepanjang berada di tempat 'baru' ini :)

              Pusat Asasi  UIA Petaling Jaya


Masjid Kolej Islam Malaya

Sebenarnya ini semester ke-2, tapi nak kata jugak tempat ni baru bagi aku dan kawan-kawan dari kampus Nilai (daripada jurusan IRK, BAR , BEN dan HS-maaf la  klau tak fhm , tanye bdk uia lah) yang ditutup baru-baru ini. Jadi, kami yang aku istilahkan sebgai kaum muhajirin ni, kena lah cuba menyesuaikan diri dgn warga Petaling Jaya yang diibaratkan kaum Ansar. Nak tak nak, kepadatan penduduk kat sini mula bertambah dengan agak mendadak dan kami dah boleh jadi jenama 'sardin' yang baru selain sardin cap Ayam dan sardin cap 'KTMB'. 

Berpijak di Bumi Baru Yang Dah Lama

Banyak orang, banyak ragamnya. Rambut sama hitam, hati lain-lain bro. Tapi itulah yang dijelaskan Allah di dalam Al-Quran , antara tujuan dicipta kita saling berlainan  antara satu sama lain:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ     أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).   - Al-hujurat:13-



Ya, tiada siapa yang mulia antara kita kat sini melainkan orang yang paling bertaqwa. Apa makna taqwa?  ha, cari la  sendiri  maknanya kalau tak tahu.*bagi task sikit , haha*  Ok, tapak cfs iium pj ni dah lama didirikan , tapi kami sebagai orang asing menganggap ianya sebagai bumi  'baru'.

Macam mana Nak Mula Bergaul ???

Memang diakui, aku bukanlah orang yang sangat peramah seperti orang lain. Aku akan jadi mesra bila dah start kenal orang tu. So, bila fkir balik, kita sendirilah yang kena mulakan bertegur sapa dlu. Tp susah nak buat mende ni terutama orang macam aku. Tp aku usahakan juga. Ni formula yang aku jumpa time 'mengembara' dulu. 

Senyum+ tanya khabar + cari point bersembang = mula jadi kawan



Susah kan? At least utamakan yang pertama iaitu senyum... sebab tulah  antara hikmahnya nabi bersabda bahawa senyum itu sedekah.

Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" (Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)


Sebaliknya, tanpa senyum, orang akan menjauhkan diri dari kita. Manusia cenderung untuk tidak menyukai sikap sombong, angkuh, kasar dan bengis…dan semuanya wujud tanpa senyuman. Firman Allah SWT.,    

"Maka disebabkan rahmat Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu." (QS. Ali-Imran : 159)







Tapi bila bercakap pasal senyum ada senyum yang tulen dan ada senyum yang dibuat-buat . Baru-baru ini seorang pakar karakter/tingkah laku manusia telah  mengajar aku cara nak mengenalpasti  senyum seseorang itu adakah TuLen atau PLASTIK!  Nak tau camne, meh datang belajar ngan aku.



 Ada orang cakap,  kawan yang kita kenal  masa sekaranglah yang dapat menentukan hala tuju kita pada masa hadapan. betol ke?

OK, lastly, nak tanye , brape ramaikah kawan yang anda dapat sepanjang hidup ini???  500 orang?? 2000 orang? dalam fb? luar fb? hahah, x kirelah berapa ramai tapi  nak dapatkan kawan yang sanggup ketawa dengan kita memang senang. But, how many of them  that could  stay behind us when we are crying??  So, carilah ukhuwah sejati, yang berada di atas jalan yang diredhai Allah, iaitu kawan yang ada matlamat yang benar dan sama dengan kita, barulah dapat rasa kenikmatan jalinan ukhuwah sesama insan ^_^

Wallhua'lam





















Tiada ulasan:

Catat Ulasan