"Kenapa nak jadi kaya? Apa kejadahnyer aku nak jadi kaya? Jadi orang biasa-biasa sudah", bisik hati kecilku suatu masa dahulu. "Hish, biar la, diorang nak jadi kaya. Bahaya kot jadi kaya, nanti takbur, sombong lah.. baik jadi orang biasa je, tak perlu pikir banyak soal tanggungjawab kena tanggung nanti."
Ha, itulah sedikit sebanyak gambaran perspektif aku terhadap golongan-golongan yang memilik banyak harta atau aku istilahkan 'orang kaya-kaya' (OKK). Pernah tak korang rasa nak jadi jutawan ? Tak kire la jutawan hartanah ke, jutawan score 'Goal' ke, mahupun jutawan menternak 'kambing hitam'!(paham ke?).
Bila sebut je jutawan , mesti dalam kepala otak kita akan trpikir perkataan2:
B U S I NESS ATAU PER N I A GAAN ATAU U S A H A WAN
yang SUKSES!
Pemikran aku telah mula terkeluar dari 'kotaksempit 'hari ini setelah aku telah ditazkiyyahkan oleh seorang ustaz lulusan Azhar yang telah berjaya dalam bidang perniagaan ketika berbincang soal business di Gombak . Beliau menekankan bahawa pentingnya untuk jadi orang kaya! Antara point-point penting yang aku dapat ialah :
Firstly, bila kita ingin memikirkan soal nak jadi kaya atau tidak, perlulah kita berfikir dari sudut diri kita sebagai seorang muslim dan tanggungjawab kita sebagai muslim terhadap Islam. So, sudut pandangan yang paling penting ialah AQIDAH yang menjadi tunjang utama kita dalam setiap perbuatan termasuklah perniagaan.
Dalil asas dari Quran : " Allah telah menghalalkan jual beli(perniagaan) dan mengharamkan
riba' " 2: 275
Dalam sesi perkongsian ini Ustaz tersebut telah menyebutkan hadis ini,
Hadis Rasulullah s.a.w. riwayat tarmizi :
Ahli perniagaan yang jujur dan amanah akan ditempatkan beserta dengan para nabi, para siddiqin dan para syuhadah
Selepas itu ustaz terus mngucapkan kepada kami dengan gembiranya, "welcome to the club of para anbiya', as-sadiqiin dan syuhadah" . Aku dan kawan2 mula terasa teruja.
Sirah nabi s.a.w. kita sendiri dan para sahabatnya yang menceburi bidang perniagaan pada hakiktnya sudah cukup untuk menggalakkan kita untuk menceburi bidang ini.
Untuk membela nasib umat Islam , saidina Uthman bin Affan pernah membelanjakan 30 000 dirham untuk membeli telaga yang dimiliki oleh yahudi ketika peristiwa hijrah. ketika itu yahudi menguasai ekonomi dan juga sistem pengairan di Yathrib sehingga umat Islam terpaksa membeli air dengan harga yang mahal.
Yang ke 2, Ustaz juga telah menceritakan kisah menarik mengenai seorang rakannya yang telah berjaya dalam dunia perniagaan melalui syrikat consultant. Dulu Si A ni dia hampir2 putus asa sebab gagal dlam perniagaan sehingga terpaksa menaggung pelbagai bebanan. Pada suatu hari dia duduk beriktikaf dalam masjid sambil mengenangkan nasibnya yang malang. Tiba-tiba datang seorang muaalaf datang meminta sedekah untuk mendapatkan makanan . Apa yang sedihnya, dalam poket dia ade sekeping not bewarna hijau je.. Tapi kerana kesiannkan muaallaf tu, dia pun ikhlaskan diri bagi je duit tu walaupun tu je satu2nya wang yang dia ada. Muallaf itu sgtsgstsgst gembira sehingga dia mengatakan, " Tuan sangat baik hati, saya akan sentiasa mendoakan agar tuan akan lebih berjaya kelak !"
"Pada suatu hari dia duduk beriktikaf dalam masjid sambil mengenangkan nasibnya yang malang. Tiba-tiba datang seorang muaallaf datang meminta sedekah
mendapatkan makanan . Apa yang
sedihnya , dalam poket dia ada
sekeping not bewarna hijau je...
Tapi kerana kesiankan muallaf tu,
dia pun ikhlaskan diri bagi je duit tu
walaupun tu je satu-satunya wang
yang dia ada. Muaallaf itu sgtsgtsgt
gembira sehingga dia mengatakan
" Tuan sangat baik hati, saya akan
sentiasa mendoakan agar tuan akan
lebih berjaya kelak!"
Ha, tau tak lepas kejadian tu, Si A ni mula berjaya dalam bisnes consultant sehingga pernah meraih pendapatan sehingga 100 k sebulan!!!! Pergh!!!
Yang ke-3, cuba teka, apakah modal paling besar dalam perniagaan???
Boleh jawab tak?
jawapan dia ialah
A M A N A H
Yela, amanah adalah modal paling besar, mana nak cari orang yang benar-benar amanah dalam perniagaan terutama perniagaan yang besar-besar. Rasuah tu , dah diibaratkan macam makan nasi dah, betol tak? Tak percaya tanya orang bisnes. Kalau iman tak kuat memang tersungkur jugak. Bak kate ustaz Azhar Idrus, "balik awal ar".
Dari segi duniawi, Orang Islam mesti kaya tapi mesti bersifat 'orang miskin' , kerana sifatnya tawadhuk, ramah dan zuhud . So, falsafah 'biar papa asal bergaya ' memang tak boleh pakai dah. Kita tukar sikit la jadi 'biar papa, tapi banyak bersedekah' , amacam?
Ok, wa akhiran, untuk berjaya dalam perniagaan , kita kena banyakkan inovasi atau idea-idea baru yang kreatif. Macam mana nak banyakkan inovasi? Jawapannya adalah banyakkan syura antara ahli-ahli perniagaan . Insya Allah dalam syura ada keberkatan. Jaga adab-adab dalam syura dan hormati pandangan or idea orang lain sebagaimana yang diajar oleh baginda nabi shollahhu a'laihi wasaalam.
Aktafi bihaza al qadr
Tiada ulasan:
Catat Ulasan