Jumaat, 6 April 2012

Manusia Menipu dan Ditipu

Alhamdulillahi 'ala nikmatal iiman wal islam , wakafabihima min nikmah.

Nampaknya  semester ke -3 tahun pertama aku di PA ni sudah hampir-hampir  meloloskan diri dari lingkungan putaran waktu kehidupan manusia. Dalam  kepantasan  masa yang  berlalu, bilakah masa manusia akan rasa masa itu penting?? Ye, mungkin bila sampai masa terpaksa menyiapkan kerja yang banyak dalam satu masa, atau mungkin bila  dah gagal dalam 'exam' sebab tak study betol-betol atau yang paling utama bila manusia nak ditarik rohnya oleh malaikat Izrail.

Untuk post kali ini , aku tak nak menfokuskan kepada tajuk kepantasan masa, tapi sesuatu yang lebih kurang macam tu la. Tapi sebelum itu, nak ucapkan tahniah la kepada saudara saudari, remaja remaji sekalian yang dah amek result spm, stpm mahupun stam baru-baru ini.
Kalau ikut pengalaman diri ,akan ada 2 situasi time amek result ni:




                atau         



tapi apa yang penting ..............


                                                     

Apa yang merungsingkan aku ialah mengenai  mentallity  masyarakat Malaysia kita yang menganggap peperiksaan itu adalah segala-galanya. Jika kurang cemerlang dalam SPM maka gelaplah masa depan anak-anak remaja tersebut.

Terus kepada tajuk kali ini, Manusia Menipu dan Ditipu aku ingin menfokuskan kepada persoalan 'cara pemikiran' atau 'mind set' masyarakat kita yang terperangkap dalam sistem yang mereka sendiri buat terutama dalam soal menuntut ilmu. Tapi sebelum itu biar aku bawakan satu contoh manusia yang menipu menggunakan sistem .

Ada sebuah negara A , telah menetapkan undang-undang had laju kenderaan kononnya untuk kurangkan kemalangan. Bagi mendapatkan wang , kerajaaan negara tersebuat membuat 'speed trap' ataupun perangkap 'had laju' bagi memerangkap kereta yang melebihi had laju. Bagi memudahkan lagi memerangkap mangsa, mereka memasang perangkap di jalan yang lurus atau jalan yang curam di mana prioriti kenderaan melebihi had laju adalah tinggi.Alasan kononnya  bagi mengurangkan kemalangan gagal kerana banyak kes kemalangan berlaku kerana kereta2 yang lembab bergerak hingga menyebabkan kenderaan lain merempuh kenderaan lain di hadapan atau gagal memotong. Ha, inilah yang dikatakan PERANGKAP had laju. Ha , inilah yang dikatakan manusia-manusia yang suka menipu dan akhirnya siapa yang kena tipu???? Jawab sendiri ye. Ini adalah pandangan, so tak payah nak gaduh-gaduh kalau tak setuju.


Guru saya pernah berpesan, "Fokus kita bukanlah peperiksaan, tapi fokus kita ialah mencari ilmu dari segenap sudut". Bukan nak kata exam tu tak penting, tetapi ianya bukan target kita yang utama. Apabila kita meletakkan target kita adalah peperiksaan , maka kita tidak boleh melangkah jauh kerana untuk berjaya kita kena letakkan matlamat hidup kita yang paling jauh sebagai panduan.

Apabila kita terlalu sedih kerana dapat result rendah, ia sebenarnya telah menzahirkan niat  belajar kita  yang sebenar!!! Ya, memang orang akan kata, "memanglah sedih dah result rendah..." Tapi pernah tak kita fikir punca kesedihan kita, mengapa aku sedih?? Sudah tentu berpunca dari niat utama kita yang paling awal dulu.

Hmm, kita ditipu oleh orang lain , dan yang paling memalukan kita ditipu oleh diri sendiri. Kita menipu orang lain dan ditipu diri sendiri bila kita meniru dalam peperiksaan, kita menipu diri sendiri bila kita menyembunyikan markah peperiksaan yang rendah dari kawan-kawan dan kita juga menipu dan ditipu diri sendiri apabila kita datang ke tempat pengajian kononnya  untuk belajar , tetapi kita sibuk buat buat hal lain.





Aduhai sistem, adakah sistem yang harus dipersalahkan?? Tidak.... Sistem-sistem yang berunsur penipuan tak akan sekali-kali wujud jika pembuat sistem itu benar-banar beriman kepada Allah s.w.t.

Alangkah indahnya hidup ini,
Bila Islam bersinar kembali,
Cahaya iman bersinar di setiap sanubari,
Kebatilan kan terungkai kembali..




Marilah bersama perjuangan Islam, barakallahufiikum.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan