Isnin, 25 Jun 2012

Masyarakat Sintetik

Assalam

Sudah masuk tahun dua ya aku ini. Pantas benar masa berlalu. Haih ~  Saat2 menikmati umur belasan tahun pun tinggal beberapa ketika je lagi. Bila fikirkan kembali, banyak nya masa terbuang begitu sahaja. Dah la tak der semangat nak up date blog. Memang lazy updater lah aku  ni.  Bagaimanalah nak megharungi kehidupan penuh pancaroba ni jika diri sendiri tak ada kesedaran untuk perbaiki diri? Ya Allah, hebatnya golongan pemuda yang berjuang di jalan Mu.  Jauh skali dengan diri ini. Jauh sekali jika nak dibandingkan dengan ashabul ukhdud, ashabul kahfi dan Sultan Muhammad al-Fateh. Kadang - kadang timbul rasa cemburu bila fikirkan suasana kehidupan orang zaman dahulu yang tak terpengaruh dengan pelbagai bentuk kebendaan yang membutatulikan manusia hari ini. Yelah, sekarang zaman moden, remaja-remaja lebih suka berseronok , main game, melepak dan macam-macam lagi benda -benda yang tak berfaedah. 




Sejujurnya  memang tak dinafikan bahawa masyarakat sekarang sangat cintakan kebendaan, cintakan kemajuan teknologi berbanding kemajuan insaniyyah . Kita mengejar untuk membina bangunan-bangunan tinggi yang cantik , kilang-kilang, tempat-tempat pelancongan dsbgainya.Hampir semua orang bercita-cita memiliki kereta besar, rumah yang hebat dan pakaian yang cantik-cantik. Kehidupan seharian pula lebih berkisarkan hiburan tanpa batas. Ya, itulah realiti masyarakat sekarang. Masyarakat yang aku gelarkan sebagai 'MASYARAKAT SINTETIK' . Apa makna sintetik? *malulah kalau tak tau. Baiklah, makna sintetik berdasarkan subjek sains yang aku belajar semasa sekolah rendah dulu, bermaksud buatan. Masalan, bahan sintetik adalah bahan yang diperbuat daripada bahan bukan semulajadi atau bahan kimia. Jadi apa kena mengena - mengena dengan masyarakat sintetik???? Ok  sabar sat, aku tak nak menjawab lagi. Tak critical thinking lah kalau terus diberi jawapan kannnn..


Masyarakat Terdahulu 

Kalau anda perasan, masyarakat Melayu tradisional sangat dekat hubungannya dengan alam. Buktinya perhatikanlah peribahasa Melayu yang selalu kita dengar. 'Bagai mencurah air ke daun keladi', 'melentur buluh biarlah dari rebungnya' , seperti 'anak ayam kehilangan ibu' , 'kacang lupakan kulit' dan banyak lagi! Semua unsur alam dan sifat-sifatnya dijadikan teladan oleh masyarakat kita sebagai panduan kehidupan seharian. Begitu juga dengan adab-adab dan pantang larang  yang sering diamalkan tidak kiralah dari sudut kesihatan , pemakanan , kekeluargaan , politik dan ekonomi . Semuanya sangat cantik terutama setelah kedatangan Islam ke alam Melayu. Guru-guru sangat dihormati ketika itu, dan anak-anak diajar sebaiknya untuk menghormati orang yang lebih tua. Anak-anak perempuan tidak dibenarkan keluar sebarangan pada waktu malam.Ajaran Islam pula diamalkan dengan baik dan syariat Islam berjaya dicelup ke dalam budaya hidup masyarakat ketika itu. Tetapi tidak dinafikan juga wujud budaya kurafat, sihir dan sbgainya yang masih berakar dalam masyarakat Melayu ketika itu. Ahh, apa kurangnya zaman kita ini? Juga masih wujud manusia-manusia tentera syaitan. Tengoklah sendiri masih banyak kes-kes santau, membela jin dan sebgainya.




SINTETIKNYA! Pernah semasa kecil aku menonton cerita-cerita kartun yang adalah jugak pengajarannya. Apabila zaman semakin moden, manusia terpaksa memakan makanan sintetik yang penuh dengan bahan kimia yang merbahaya kerana tidak ada lagi tumbuh-tumbuhan seperti padi, sayuran dan gandum untuk dimakan. Makanan berupa separa pepejal dan separa cecair yang entah apa rasanya terpaksa ditelan olleh manusia bagi meneruskan hidup. Walaupun memiliki teknologi yang canggih, tetapi kehidupan manusia ketika itu sangat hamabar! Segalanya disistemkan seperti robot!






Bagaimana Harusku Lakukan?


Kehidupan haruslah diteruskan. Kenal pastilah kelemahan untuk mencari kekuatan. Kembalilah kepada kitabullah dan sunnah nabi Muhammad s.a.w. Orang Islam seperti kita memiliki kehidupan bertuhan, tetapi malangnya ramai yang lalai dan tidak menyedarinya.


Teringat pula pesanan Ustazah kelas Nahu yang awal -awal  memberi nasihat daripada kata-kata hukamak.
Ustazah sebut dalam bahasa Arab tapi maksudnnya acam nilah " Disediakan rehat yang besar bagi sesiapa yang berpenat - lelah ". REhAt yang Besar maksudnya adalah kejayaan ataupun lebih jauh lagi syurga Allah. Allahurobbi! Mana mungkin kita memperoleh kejayaan tanpa bersusah - payah menghadapi ujian yang melanda.


FIKIR- Ya, umat Islam kita ini kebanyakannya malas berfikir masalah umat." Lantaklah! biaq pi! Mapuh ar! " . Tulah jawapan kebanyakan daripada kita bila menyentuh isu-isu umat Islam . Tak mahu tahu langsung, apatah lagi ingin menyumbang kepada Islam. Ramai mana yang tinggal solat? Haihhhh.. Ku sedar, memang sukar untuk kita membina kekuatan diri. Aku suka mendengar ceramah habib Ali al-Jufri , seorang ulamak ahlul bait dari yaman. Kata-katanya sering meneyentuh perasaan sesiapa sahaja yang mendengarnya dan dia sering mengingatkan agar kita jangan seskali putus asa dari Rahmat Allah. Sedangkan iblis tak pernah berputus asa daripada menyesatkan anak Adam a.s.!!!

Wallahualam



Hebatnya bangunan tersergam indah! 
Tetapi manusia yang bagaimanakah yang mengisi bangunan ini????















Tiada ulasan:

Catat Ulasan