Khamis, 28 Mac 2013

Sh0e FeSTiVal


2 MINGGU sebelum sudah  merancang untuk hari ini - Festival Kasut Antarabangsa Malaysia ke 4 -. Tapi sebelum tu kenapa aku beria sangat nak pergi pameran kasut ni? Pertama , sebab ada sorang member ni, (senior sekolah lama) dye nak kahwin.Jadi dia mintak teman beli kasut hantaran untuk majlis perkahwinan dia nanti. Okay, yang ke-2 sebab kasut aku dah lama.Selalu je time nak pergi kelas, mesti ada je kawan aku komen pasal kasut aku. "Bro, beli kasut lain la, asyik tercabut je tali kasut kau ni." Disebabkan aku ni manusia biasa yg agak mudah terpengaruh dengan kawan2, aku pun nekad la nak p cari kasut lain tambah aku pn dh tak selesa pakai kasut ni.

FLY
Memandangkan hari ini hari khamis, so duduk cfs ni,  nak outing kena isi borang  approval dari mahallah office. Malangnya MO mahallah aku yang disayangi tutup pulak hari ni.Lagi satu kenapa aku tak pergi esok je?? (jumaat). Sebab esok aku ada mukhayyam dengan bdk2 kos aku dkt SG Pisang.  Disebabkan aku malas nak pergi MO lain, so nak tak nak kena fly la. Maybe sesetengah orang anggap fly ni macam jahat gila, tapi bagi aku , ianya something yg tak terlalu teruk sangat bergantung pada niat dia nak fly p mana. Kalau nak pergi rumah mErah ke, lepak bukit bintang ke, pergi disko ke, itu memang aku tak suka la.Tapi yang penting risiko sendiri kena tanggung la. 

HAMPA
Memang benar apa yang diajar dalam Islam, kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan. Masuk je dalam PWTC tu aku pun dah rasa lain dah. "Apesal orang dalam ni semua macam VIP je ha?" aku mula tanya kat member sorang ni. Tp dye senyap je. Kebnyakan orang yang berlegar kat situ macam koporat2 je. X de pn orang awam. Lepas tu, sampai dekat pintu masuk, tbe2 kitorang kena tahan dengan guard dekat situ. "Where're U from? " tanye akak cina tu. "We're students", kwn aku jawab. "Oh, sorry today we only open for trader. Tomorrow will be open for public,". Perghhh, macam........ haih, malas nak cakap. Tapi, seriously memang kecewa giler. Member aku yang ajak ni pun satu, tak tengok betul2 poster dia.




GANTI

"So, kita nak pergi mana ni?" tanya kawan merangkap senior aku sorang ni. Aku pun ajak pergi The Mall depan PWTC tu. Perut lapar sangat. Cari restoran. Nampak MCd. Nak makan MCd, boikot plak. Bila dah boikot, tiba2 terfikir bahawa jangan mudah2 kita tewas dengan godaan untuk makan kat MCd tu. Sia2 je boikot kalau kita pergi makan jugak. Aku pun nyaris tertewas tadi kalau aku tak fikir panjang. Last skli pergi Secret Recipe. Ok, fine. Dipendekkan cerita, kebetulan Parkson kat dlm mall tu nak tutup selama 2 tahun untuk renovation. Apa lagi, memang sale gila2 la. Last skli kitorang decide beli kasut kat sini je.Bukan setakat kasut, baju pun teRRbeli.


INi hasil shoe festival yg tak leh masuk tu, hehe :)


Malam  ini, aku terdampar di rumah member aku, maybe esok pagi blk cfs. Sedikit konklusi, memandangkan sekarang musim nak PRU 13, aku rasa korang sendiri boleh nampak dan fikir sendiri situasi yang berlaku kat Tanah Air kita ni.  Aku x nak komen banyak, tapi yang penting nak bagitahu, selagi Islam tak di tegakkan, selagi itulah kita sebagai umat Islam kena terus berjuang. Islam tak boleh dipisahkan dengan kehidupan kita sebab Islam is equal to life . Islam tak boleh dicampur dengan kebatilan umpama air tak boleh bercampur dengan minyak. KATAKANLAH YANG BENAR WALAUPUN PAHIT. Sekian.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan