Khamis, 8 Mei 2014

Hujung minggu yang begitu menguji sahabat2ku


Bermula hari jumaat, diikuti sabtu dan hari ahad pula . Setiap hari ada sahabat yang excident motor. Dan hari ahad ini ia berlaku di depan mata saya yang saya rasakan paling teruk drpd ketiga2nya.

Situasi yg mencemaskan ibarat berada di medan perang menyebabkan rasa cuak, sedih dan juga 
simpati melihat kecederaan yg dialami di bahagian lutut dan kaki sahabat saya ini. Moga beliau dan rakan2 lain tabah menghadapi ujian ini.

Nasihat saya berhati-hatilah menungang motor mahupun kereta. Walaupun begitu, teringat plak kat kata2 ustaz saya, sejauh mana pun kita berhati2, pastikan sebelum kita naik kenderaan, pasakkan kebergantungan kita kpd Allah, kerana Dialah yg menjaga kita dan memberi mudarat kpd sesiapa yg Dia kehendaki.

Terima kasih jga buat abg berbangsa india yg bantu td, sangat respect dgn cara beliau membantu walaupun dia non Muslim. Sanggup menunggu mangsa yang terlibat sehingga kondisi mereka dikenalpasti.Moga Allah bagi hidayah kepada beliau.


Kemalangan sebenarnya mengajar kita pelbagai perkara. Walaupun kita sendiri mungkin tak pernah mengalami kemalangan jalanraya, saya yakin pasti kita sekurang-kurangnya pernah melihat orang lain yang mengalaminya.  

Bagaimana reaksi anda jika melihat kemalangan di depan mata?

1) Hanya melihat, memperlahankan kenderaan dan berlalu pergi

2) Segera berhenti, bergegas ke tempat kejadian untuk membantu.

3) Teragak-agak untuk berhenti atau tidak?

Saya yakin ramai masyarakat kita yang akan melakukan perkara no 1 tetapi, itu tidak menafikan masih wujud masyarakat yang melakukan perkara no 2.

Fakta:

Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), sebanyak 1,057 kes langgar lari dilaporkan pada tahun 2011 dengan 312 kes melibatkan kematian. Sebanyak 198 kes lagi menyebabkan kecederaan parah manakala 547 kes cedera ringan.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0602&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz317fPyH00 
Hakcipta terpelihara 


Langgar dan lari? adakah kita pasti kita tidak akan lari jika kita melanggar orang lain, sehingga boleh menyebabkan kemalanagan? Tepuk dada, tanya iman.

Melepaskan diri daripada tanggunjawab, bukanlah satu jalan penyelesaian.Jika sekecil-kecil perkara pun kita sudah tidak mampu bertanggunjawab, apatah lagi perkara-perkara yang besar. Malulah dengan diri sendiri.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan